Isteri

🎯🎯SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.🎯👍

🎯Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

🎯Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

🎯Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

🎯Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

🎯Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

🎯Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

🎯Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

🎯Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

🎯Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

🎯Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

🎯🎯🎯Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah…Aamiin.

😊Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea…Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..😂

👤 Ustaz Nasiruddin Abdul aziz👍🎯

As salam.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.

 

*Jangan Merasa Diri Kita Baik*

 

🖤Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

💚Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

💖Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

💜Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

💙Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

💛Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

💝Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

💙Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam al-Quran
;فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اهْتٓدى”Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar di dalam hidayah(Nya)

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya, “Siapakah orang yang buruk?”

Dijawab olehnya ” Iaitu orang yang merasa dirinya baik”.

Beliau ditanya lagi, “Siapakah orang yang baik?”

Maka dijawabnya, “Iaitu orang yang merasa dirinya buruk”.💚

Air buoh.

ATTN ORANG TRANUNG!

NOK MINUM AIR BUOH SETARAF HOTEL
5⭐⭐⭐⭐⭐ PIORR, PEKAT LIKAT, TABUR STANBUNGG ATAS AIR,BESERTA SET CELUP TEPUNG SOTONG, UDANG & IKAN DGN HARGA RM9.90 JER SEPINGGAN??JOM MARI RESTORAN AIRBUOH PAKTOIN KAT PASIR PANJANG NI.

“Sini aku g dah…dah la murah, tmpt pun cantik..mmg puas hati
👍🏿👍🏿👍🏿
makanan pun sdap2, air padu molek..harga berpatutan…service pun mesra pelanggan, restoran bersih.
Mmg dok dnafikan r jd sungguh air buoh kat paktoin er…dok puas rasa minum!
mmg kembooorr.!!!

(Mohd faizal/emanberex/noor/Amy/suhaimi/liniey)

NAPE HOK ISTIMEWA & SPECIAL KAT KAMI NING SEBENORNYA???

OK…..anda blh baca info kat bawah ni sampai hbs ya…!

—————————————-

✅Pelbagai jenis masakan panas.

✅Western Food.
❤MURAH & BERBALOI!
➖chickenchop ( hanya rm8.00)
➖chicken grilled (hanya rm8.90)
➖meatball (hanya rm6.00)
➖nasi goreng chickenchop (ayam bapok sekali nasik goreng hanya RM11.90) 😲😲😲
➖fun fries

✅Set ikan abc masakan boleh pilih rm25/rm45&rm60
➖3 rasa
➖namprikpau
➖stim

✅SET SOTONG UDANG & IKAN CELUP TEPUNG hanya RM9.90 boleh mkn 1-2 orang!

✅makanan segera seperti
➖nasi lemak biasa @ special
➖laksa pineng power
➖mee kari
➖meehoon/meetiaw/mee sup celup
➖char kuey tiaw
➖roti bakar
➖keropok lekor

dannnnnnnn tak lupe… utk anda yg ingin suprise kan org2 tersayang pun bolehhh… kami menyediakan pakej lengkap seperti ballon , bonquet & kek… harga mengikut pakej yg anda nak dr rm50-rm150.. anda hanya perlu bawa org tersayang utk disuprisekan dan kami akn melakukan tugas kami😁😁

Woww..gilerrr ke gilerrrr…muroh & jimat sgt3 duit makang kat kami…Tag kwn2 uolls, family, pakwe, makwe, bff, jiran2 dan semua knalan uolls…Jom kita kongsi kbhagiaan sama2 dgn share post ni!

Lokasi kami di

1219-B jalan pasir panjang kuala terengganu.. nama kedai AIR BUAH PAKTOIN… bersebelahan pasar bukit besar dan bersebelahan warong sajian mek ati.kami di tengah2 ye☺️☺️☺️

Dok jumpa boleh call 0104641215@0179014214 &
boleh juga wasap utk minta location kedai kami ya.

Sebarang tempahan juga diambil ye..♥️♥️♥️